Dec 29, 2008

Tahun 1430H


1429 meninggalkan seribu satu kenangan..pahit manis...ranjau duri...semoga 1430H menjadikan diri lebih cemerlang dalam semua aspek...semoga lebih matang dalam membuat segala keputusan...semoga dapat membahagiakan insan tersayang...
ahlan wa sahlan...

semester baru pun dah bermula...see u all my new students..all best of luck..

ceria-ceria selalu...(yela ada org kata kite ni serius kan)

Dec 12, 2008

Nilai Kasih..tiada Tandingan

Sejak tamat sekolah Darjah Khas..rasanya dalam tahun 1994...tiada subjek agama yang khusus di universiti..makanya nilai ilmu agama rasanya berkurangan...terutama berkaitan dengan sejarah Islam..(kalau tanya sekarang, banyak yang dah lupa)
Bila terbaca artikel tentang Rasulullah teringat zaman sekolah dulu...Dulu belajar tentang sifat Rasulullah, kasih sayang, pengorbanan dan teladan yang sepatutnye dijadikan contoh... Manusia memang mudah lupa..Rasulullah adalah role model yang terbaik di dunia dalam pelbagai aspek... yang menarik tentang Rasulullah adalah nilai kasih sayang yang terlalu tinggi...Masya Allah...
Antaranya:

**Pernah seorang Arab Badwi meminta sambil menarik dengan kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas di leher baginda. Tetapi baginda tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

**Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah. Namun Rasulullah tidak bertindak balas. Pada suatu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahinya. Dengan penuh kasih baginda bertanya khabar. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

(kalau kite dibuat begitu..apa tindakan yang akan kite ambil..renung2kan..)

Teka teki

1. seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah.Kenapa?
2. pokoknya di atas bukit daunnya di dlm air. Apakah dia?
3. dlm banyak2 kenderaan, kenderaan apakah penumpangnya sorang ttp pemandunya ramai?
4. kalau manusia jadi ikan, apakah yg akan terjadi kpd ikan?
5. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dgn membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yg turun dulu?
6. ikan apa yg sentiasa sejuk?
7. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?
8. buah apa yg kita langkah dulu sebelum makan ?
9. dlm banyak2 haiwan, haiwan apa yg x pernah duduk ?
10. lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yg malang. Apakah itu?
11. andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?
12. apakah tempat ini ? semua memakai uniform dan tidak pernah berkurangan malahan semakin bertambah
13. emak anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?
14. apakah Negara yg banjir dulu sebelum hujan?
15. apakah solat yg ada 3 tahiyat?
16. apakah solat yg x de tahiyat
17. bagaimana utk naik haji jika x ade duti?
18. apakah tempat yg terkecil di dunia?
19. dlm banyak2 bola, bola apa yg pemainnya hormat?
20. apakah spesies ikan terbesar di dunia?

What is LOVE?

If you love someone bcoz you think that he/she is really gorgeous..
then it's not love... it's "Infatuation"

If you love someone bcoz you think that you shouldn't leave him bcoz others think that you shouldn't...
then it's not love... it's "Compromise"

If you love someone bcoz you think that you cannot live without his touch...
then it's not love... it's "Lust"

If you love someone bcoz you have been kissed by him...
then it's not love... it's "Inferiority Complex"

If you love someone bcoz you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings...
then it's not love... it's "Charity"

If you love someone because you share everything with him...
then it's not love... it's "Friendship"

But...

If you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him...
that's "LOVE"

If you get attracted to other people but stay with him without any regrets...
that's "LOVE"

If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to...
that's "LOVE"

Dec 11, 2008

1 2 3 4 ... I love u...

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

(since Cik Mar dah bg i lagu ni..so i cari lirik dia...)

Why you wear hijab?




Ring a bell? Have you ever ask yourself why you wear hijab? As a fashion? A rules?
Actually i was surfing for spring fashion for muslimah..since my sister will organize and involve in fashion day...so i saw so many hijab fashions...very nice...but some is just a fashion..
but what was interested me, wearing hijab during Olympic game..that's show muslimah also can participate in sports wearing a proper attire...
It's shows that nothing can stop you to success....Nothing at all as long you have determination...

Dec 10, 2008

Hanya Di Mercu


Mimpi dan harapan cecita yang tinggi…menjulang…
Tak pernah terluahkan hanyalah di hati tersimpan,…terpendam,
keterbatasan diriku menjadi penghalangan,
sampai bila Aku bertanya sampai bila,Ku harus mencuba,
Bila lagi desak hatiku , bila lagi ,
Aku harus berani .
Laluku bangkit ,tegak berdiri,
mengatur langkahku,terus mendaki,
cita citaku ….
Di Mercu.

Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam…Ooooo,
Segannya kubiar Cecita dihati,
tersimpan,terpendam…
keterbatasan tak wajar menjadi penghalang…
sampai bila Aku bertanya ,sampai bila….
KU harus mencuba,
Bila lagi desak hatiku bila lagi,
Aku harus berani…
Laluku bangkit tegak berdiri,
mengatur langkahku terus mendaki,
cita citaku,

Di Mercu…
Aku mencari kekuatan, dalam kelemahan…
Aku temui kejayaan dalam kebranian.

Dec 9, 2008

Ku panjat kesyukuran kepadaMu...

Moga aku dapat melihat anakku membesar dan berjaya... Moga Allah panjangkan usia anakku untuk berbakti kepadaMu Allah, agama, ibu bapa dan negara... Moga Allah pelihara anakku ini..Tiada lagi tempat, selain aku bergantung hanya padaMu Allah... Amin...

Hari Pertama Ku lihat Dunia...



Syukur alhamdulillah...Permata hatiku lahir pada 14hb Januari 2008 ....6.35 pagi...pada subuh isnin...begitu tenang...semoga rohadatul aisy ..memberi kemakmuran hidup kepada kami..seperti maksud namanye...amin...

Bolehla..

Sinaran Petang





Anak ibu...



Blh tak saya jadi model...hehehehehe...

Post AA - "Anak vs Abah"


Makan tau...


Dah besar ye Aisy ni..



Comelnye dia..

Roti Canai MAMAK!!


Emm...lama dah tak makan roti canai mamak..even pegi kedai mamak pun adalah pilihan terakhir..tp apakan daya kalau dah lapo tu makan jela kan kat kedai mamak..but not bad...

Dec 6, 2008

Salam Aidil Adha

Menyambut hari raya aidil adha tidak semeriah menyambut aidil fitri di Johor...tp disebalik aidil adha penuh makna..penuh makna pengorbanan yang boleh diungkapkan..daripada pengorbanan insan kepada insan ke pengorbanan insan kepada Ilahi...pernah tak tanya kepada diri sendiri..apakah pengorbanan yang pernah dibuat oleh kite..pengorbanan kepada ibu bapa, famili..atau kite ini hanya mementingkan diri...tidak sanggup melakukan pengorbanan tp mahu org lain yang berkorban untuk kite...
seharusnya hayatila pengorbanan nabi ibrahim terhadap anaknye sendiri...Allahuakbar... adakah zaman sekarang manusia sanggup berkorban? Anak tidak sanggup berkorban untuk ibu bapa yang membesarkan mereka...apabila cinta terhalang...ibu bapa ditinggalkan..begitu rapuhnye nilai jati diri anak2 skrg..saya jadi takut dengan generasi anak saya kelak..Allah peliharalah anak ku...

Salam Aidil adha..hayatila maksud pengorbanan...

"AIDIL ADHA PENGORBANAN TERAGUNG"

Dec 4, 2008

Cover Girl




Glamor tak saya

Dec 3, 2008

Kekasih



Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.

Best Location? Any idea?


mana tempat percutian yg paling best? seronok jugak kan kalau dpt jalan2..that's my hobby...suka sgt jalan2...especially tgh tension...tp tak tau mana nk pegi...

Buat apa musim cuti ni?



Hi..everyone…buat apa all my students during this holiday…well masa ni la sepatutnye ambil masa utk diri sendiri and family..time for holiday…but I have work to do..timetable..then ada program..but I thing okla mcm ni..kalau tak takde buat apa2 pun kan..then bila boring2 tu…update sekali blog ni..heee…

Dec 2, 2008

Sihir....Tidak cium bau syurga...

Ya Allah jauhkanla dari segala perbuatan khianat orang...
Petikan berikut diambil dr internet...


MENELITI SIHIR & ADANYA JIN DALAM TUBUH
Bagaimana hendak membezakan orang yang tersihir dengan orang yang kemasukan jin? Orang yang tersihir biasanya, mengeluhkan sesuatu yang tertentu yang datang begitu tiba-tiba, misalnya dia tiba-tiba membenci isterinya, padahal dia begitu mencintainya. Kebencian itu muncul tanpa sebab-sebab yang jelas. Atau mengeluh kerana rasa sakit pada seluruh tubuhnya yang datang dengan tiba-tiba. Lazimnya ia merupakan sihir yang disertai keterlibatan jin. Jin seperti ini adalah jin jenis yang merbahaya.

Sedangkan orang kemasukan jin, kalau tidak tiba-tiba menyendiri, pasti masih bergaul di tengah orang ramai, namun mengamuk dan melakukan kejahatan. Wajahnya akan berubah dari saat ke saat, yang kadang-kadang merah, kadang-kadang hitam. Perubahan warna itu kadang-kadang terjadi hanya pada sebahagian wajahnya. Di samping itu akan disertai mimpi-mimpi yang menakutkan, bahkan bertentangan, misalnya dia merasa jatuh dari tempat yang tinggi tetapi terlihat begitu takut dan kesakitan. Atau mengigau dengan mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak kaharuan.


Di bawah ini adalah cara yang boleh mengetahui adanya sihir atau kemasukan jin dengan menguji si pesakit, berdasarkan ayat Al-Qur'an.

1. Bacalah akhir Surah Ibrahim pada telapak tanganmu :
2. Lanjutkan dengan akhir Surah Al-Mu'minin :
3. Selanjutnya teruskan Surah Al-Falaq :
4. Seterusnya Surah An-Nas :


SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
Polong : Bagi menghisap darah mangsa
Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.


JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir


TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.


TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.


SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.



CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.


Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Jangan mengamalkan sesuatu yang salah untuk mendapatkan sesuatu...Kalau nk dptkan awek gentleman la kan..janganla nak guna ilmu salah...tak macho la kan...nauzubillah

IAB vs Genting H.



Team building 2008


Location : IAB, Genting Highlands
Date: 28 - 30 Nov 2008

Overall, so many things i can learn... to make a good team which is involve so many high educators...not so easy...different tought, different feeling..
What is team? What do u want from your team? What is your expectation?
All my friends who participated in this program..hope we all take a good and bad from the past..KAIZEN....to be a better person...Arigato gozaimas...i'm shida san..haik..

Nov 21, 2008

Cubala jadi yang terbaik..

Jika kite ingat utk jadi yg terbaik ... kite insya Allah akan jadi terbaik...maka selalula berdoa utk yg terbaik...jika kite tak baik..so kenela dekatkan diri dgn org yg baik2 kan...
em bak kata org kalau kawan ngan org jual minyak wangi..maka kite pun bau minyak wangi kan...tempias pun kenakan...
pikir-pikirkan...

Nov 20, 2008

5 Petua Menghepikan Diri Sendiri


Kita memang selalu down, bila boss marah kita, kengkawan nyisihkan kita, mak berleter ngan kita atau cikgu marah ngan kita.

Kita juga makin kurang bersemangat bila perniagaan kita menurun, rakan sekerja kurang beri kerjasama atau buat donno saja.

Bila dalam keadaan begini, apa nak buat? Mestilah ubah mood kita jadi hepi, ceria dan bertenaga.

Cemana nak menghepikan diri sendiri? Mulakan dengan…

1. Niat di hati
Katakan pada diri sendiri “aku mau jadi hepi, aku nak jadi bersemangat!”.

2. Ubah pernafasan.
Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.

Lakukan ketika berdiri. Ulang 5 hingga 7 kali untuk kesan maksima.

3. Ubah postur badan dan gaya berjalan.
Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh konpiden, bior nampak bertenaga!

4. Menyanyi kecil
Menyanyi-nyanyi boleh merubah mood kita, terutama lagu yang kita suka. Elak menyanyi lagu sedih, sebab ia merubah mood Anda bertukar menjadi sedih. Kita nak hepi, ye tak?

5. Banyakkan istighfar dan zikir
Bila kita down, ada amarah kecil dalam hati kita, means kita tak puas hati tentang sesuatu, benda atau perkara, sebab itu emosi kita down lalu jadi kurang bersemangat.

Untuk menghilangkan amarah tu, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi bila sebelum itu, Anda mengambil wuduk..

Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesan istighfa tu meresap masuk jauh ke sanubari Anda, sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga Anda benar-benar terasa damai, sedamai yang mungkin.

Selepas itu, bersyukurlah atas semua apa yang Anda ada hari ini, saat ini, ketika ini.

Misalnya, bersyukur sebab Anda ada tempat kerja untuk mencari rezeki, bersyukur sebab hujung bulan Anda ada pendapatan tetap bayar bil-bil Anda, bersyukur sebab Anda bertemu dengan blog iMotivasi yang menaikkan semangat Anda.

Rajin bersyukur merubah jiwa anda menjadi lebih tenang, lantas menjadi lebih bersemangat!

Pilih untuk menjadi orang yang hepi. Be happy, choose to be happy!



Source from:
http://www.imotivasi.com/5-petua-menghepikan-diri-sendiri/

8 Petua Untuk Menjadikan Anda Ceria Dan Gembira Dalam masa 1 jam (Let's try!)

1. Tingkatkan Tenaga:

Apabila bercakap di talipon, cuba berdiri dan bercakap seolah-olah orang yang bercakap dengan anda itu berada didepan anda. Untuk mendapatkan tenaga, anda juga boleh keluar berjalan-jalan secara pantas selama 10 minit diluar rumah atau di luar pejabat. Kajian menunjukkan bahawa cara berjalan sedemikian boleh meningkatkan metabolisma. Aktiviti dan cahaya matahari boleh meningkatkan fokus, menambah mood bekerja dan otak pula mampu menyerap informasi dengan lebih cekap. Secara tak langsung apabila anda nampak bertenaga, suasana sekeliling anda juga akan terpengaruh bertenaga dan rakan-rakan sekerja anda juga akan terpengaruh untuk bekerja dengan bertenaga.

2. Hubungilah rakan-rakan:

Cuba buat temujanji makan tengahari atau hantar email kepada rakan anda yang telah lama tidak berhubungan. Salah satu kunci kepada kebahagiaan adalah dengan adanya perhubungan yang baik dengan orang, oleh itu selalu-selalu lah berhubungan dengan mereka. Sekiranya ini dilakukan secara berterusan, sikap sosial ‘introvert’ anda akan bertukar kepada ‘extrovert’ (lebih kepada keterbukaan)

3. Lakukan kerja-kerja yang mencabar:

jawab email, beli sesuatu yang anda perlukan atau buat appointment dengan doktor gigi anda. Kadang-kadang dengan membuat kerja-kerja yang mencabar akan memaksa penjanaan tenaga dan membuatkan anda aktif. Berkemungkinan darah anda jarang-jarang di pam secara pantas keseluruh otot-otot dan saraf.

4. Wujudkan suasana yang kemas dan tenang:

Kemaskan ruangan kerja anda dengan menyusun kertas, membuang sampah, menyusun fail, menyimpan dokumen atau membersihkan alat-alat letrik di pejabat atau dirumah seperti mesin fotostat, mesin fax, komputer dan sebagainya. Jadikan kerja-kerja itu sebagai ‘aktiviti seminit’ anda setiap hari. Suasana yang berselerak akan menjadikan fikiran anda juga kusut. Walaupun seminit, anda telah berjaya mengurangkan beban penglihatan terhadap kerja-kerja yang tidak kemas. Apa salahnya anda meletakkan pasu bunga kecil dengan tumbuh-tumbuhan hidup didalamnya. Ini dapat menghidupkan suasana semulajadi yang mampu menceriakan suasana sekitar anda.

5. Rancanglah sesuatu yang menyeronokkan:

Buat pesanan buku yang anda hendak baca. (pastikan buku itu memang anda hendak baca sangat-sangat) atau rancanglah untuk pergi melawat muzium bersama rakan atau keluarga, sebagai satu lawatan yang informatif. Anda juga boleh cuba menyertai ‘jungle trekking’, ‘canoeing’, pergi ke kedai hardware, menonton wayang atau apa-apa sahaja yang berbau hiburan. Kajian juga menunjukkan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti itu, boleh menjadikan hidupanda lebih seronok. Menyertai aktiviti sedemikian bukan sahaja menyeronokkan tetapi dapat membaharui latarbelakang diri anda. Ajaklah kawan-kawan atau sesiapa sahaja untuk menyertai. Lebih ramai lebih baik kerana anda boleh sambil-sambil berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat semasa bersukaria itu.


6. Buat sedikit kebajikan:

Membuat kebajikan bukan beerti anda terpaksa menubuhkan persatuan kebajikan. Sekecil-kecil kebajikan mungkin hanya dengan menghantar email kepada kawan atau saudara anda dengan mengucapkan salam, Selamat Pagi atau mengucapkan Selamat Harijadi.

Apasalahnya jika anda sebagai ketua, menghantar email kepada orang-orang bawahan anda dengan ‘Terimakasih kerana telah membantu saya, saya hargai kerja-kerja anda” sekali sekala. Selepas itu lihatlah apa yang akan berlaku pada orang bawahan anda. Tentunya dia akan kelihatan lebih ceria hari itu berbanding dengan sebelumnya.

Anda juga boleh membuat jamuan tengahari secara mengejut terhadap orang-orang bawahan anda. “Tengahari ini saya nak belanja makan tengahari”. Berapalah sangat belanja makan tengahari jika dibandingkan dengan produktiviti yang akan dihasilkan kelak. Anda akan terkejut dengan anda belanja orang makan, rezeki anda kan bertambah tanpa disangka-sangka. Percayalah!

7. Tunjukkan anda gembira:

Senyumlah. Senyumlah walau sedikit dan kalau boleh teruskan senyum. Kajian menunjukkan bahawa jika anda tersenyum walaupun dengan terpaksa akan menghasilkan kesan yang positif kepada emosi anda- membantu menyemarakkan semangat dan juga menceriakan suasana sekitaran anda. Jika anda selalu tersenyum, anda akan dikenali sebagai seorang yang ‘friendly’ dan mudah didekati.

8. Dengarlah muzik kegemaran anda:

Dengarlah muzik. Ada kajian yang telah mendapati bahawa 92% responden merasa lebih ceria selepas mendengar muzik. Apa salahnya gerak-gerakkan sedikit tubuh anda apabila mendengar muzik. Mendengar muzik yang ringan atau sesuai dengan citarasa anda boleh mengurangkan kemurungan dan membangkitkan semangat anda semula. Irama yang bertepatan dengan degupan jantung anda menjadikan anda lebih bertenaga tak kira semasa bekerja atau semasa memandu.

Ada yang berpendapat, cuba untuk bergembira adalah tindakan yang sia-sia. Tidak benar samasekali. Sesiapa sahaja yang nampak gembira adalah orang yang disukai ramai, nampak sihat, produktif dan berjiwa kemasyarakatan. Oleh itu, dalam usaha kita hendak menjadi menceriakan diri, secara tidak langsung kita akan menceriakan orang-orang yang ada disekeliling kita. Apalagi…, sekarang tugas kita adalah untuk menceriakan diri dan menjadi gembira dimana sahaja.

Bagaimana perasaan anda sekarang? Happy???



Source from:
http://arjuna1182.wordpress.com/2008/08/23/8-petua-untuk-menjadikan-anda-ceria-dan-gembira-dalam-masa-1-jam/

Cheer up!



Sebenarnye pagi2 ni mmg takde semangat..tp layankan je..g keje awal..nk cari semangat..selalunye kalau boring main game...jalan2..tp nk buat apo ek..emm..sejak ada blog mmg tak aktif..so rasa nk update blog ni utk hilangkan boring..so..bukala blog pg td ni, ada 2 of my students yg comments..so cheer me up a little bit and inspire me to write more in my blog..
Blog..buat org yg minat menulis diari..but for me mmg tak suka nk tulis about my feeling..i prefer to all out with my husband and good friends..but sometime we need a space for ourselve right...so i think kadang2 jela blog ni praktikal utk cerita apa yg kite buat..nk share kan...but not everything..

So cheer up!!!!

Happy holiday all Students in the world..


Ho..ho..ho.. It's a surprised that some of my students read my blog..and give some comment..tq shikin n arif...Good luck for your exam k..hope u all will get good result..
So now again..UiTM become so quiet again..and its hard to see people..(hee...ye ke..)why? of course no students...so do you said that students make your life become alive..heee..yes sometimes...but sometimes make my life miserable..cause so many ragam..but never mind thats the challenges...

See you all..no la..see other students next sem...

Nov 19, 2008

What to do lor this coming holiday..

Ye ye...next week i will free my mind with all serabut things..although i know when i coming back i will have so many work to do..work..work..work..never stop ye!!!
what to do yup? where to go? what is in my mind is i want to go cuci my eyes..wah..
but i wish i can go to waterfall bring Aisy..poor Aisy ibu is very busy...
(paper tak habis tanda lagi!!!)

Difficult to recognize people?

It is not easy right? to know what is inside each person.. whether they tell you the truth or not...like people said..mulut manis..janji manis..but is such a way..it is really hurt when somebody that we know is lying..not telling the truth..really pain..but what can we do..bio jela..

Nov 14, 2008

Harapan Pada Ayah Ibu

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal tuhan Yang Esa

Bantulah kami hidup akhirat
Hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami
Akan tipu daya dunia

Bimbinglah kami asuhlah kami
dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana

Perkataan maki harus jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami mencontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahi ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Bimbinglah kami mengikut cara sunnah nabi
Janganlah kami dididik secara yang rugi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

*
Kenalkanlah kami hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cintai akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan kepadamu ayah dan ibu

(Ulang dari *)

Itulah harapan kami pada ayah dan ibu
Itulah harapan kami ayah ibu

ayah ibu restui perjuanganku

Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di lahit
Ibarat memayungi setiap insan

Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan syaang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu

Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya

Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu

Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu

oh ayah oh ibu

siapakah ayah dan ibu anda
mengapa anda mempunyai ayah dan ibu
mengapa Allah kurniakan ayah dan ibu
apakah yang perlu anda lakukan terhadap ayah dan ibu

oh ayah oh ibu

kurniaan Allah yang paling tidak ternilai
bersyukur di atas segala suratan
moga aku menjadi anak yang paling diredhai

wahai sekalian
jangan sesekali menyakiti hati ibu ayah
setitis air mata mereka belum tentu mampu diubati
ukirkanlah senyuman di bibir mereka

senyuman mereka akan membuat anda lebih tersenyum tenang
tenang dan senang dalam hidup

oh ayah oh ibu
doaku peliharala mereka seperti mana mereka memeliharaku sehingga kini
kasih mereka tiada tandingan

kini baru aku lebih mengerti erti kasih seorang ibu
ketika aku dikurniakan Aisy dalam hidup kami
kini Allah mengujiku seperti mana menguji ibu bapa ku dahulu
semasa membesarkan aku

ingat sekalin
sebelum membuat sesuatu fikir kesannye kelak

oh ayah oh ibu

Oct 17, 2008

Blogging with D5D3


Hi my dear stud...make usefull of this blog..to create a good things... enjoy!!!

Oct 8, 2008

Watch this out!


Aug 21, 2008


my lovely daughter...
so cute...even i am tired..i look at her..i will energize..that a gift from Allah...
Thanks Allah....i always pray for her..

Jul 9, 2008

First time

Hi everybody..welcome to my blog...
this is the first time i am writing...since last time..when i was in school....
so hopefully i will have idea next time to write anything...
see u all then...