Mar 20, 2009

Renovation..

rasa mcm dah boring dengan blog ni..ada gak rasa nk delete..tapi syg pulak..so kene ubah sesuatu..so tukarla skinnya..kesian blog ni dh lama tak tukar baju..tp tak sempat nk shopping semua kedai utk tgk baju mana yg cantik..ni jela dulu..next time kita shopping lagi k..

Mar 18, 2009

Masihku ingat..

betapa akrabnya keluarga ini. belum pernah kulihat kemesraan seperti ini..tidak pernah ku peluk dan cium ayah ku sebegitu tidak juga adik beradikku, cuma aku lebih selesa memeluk dan mencium ibu..(ini bukan bermakna aku tidak sayang kepada keluargaku..cuma cara menunjukkan kasih kita kepada seseorang adalah berbeza2)..tiba2perasaan cemburu datang tanpa kusangka..itu adalah peristiwa hampir 4 tahun yg lalu..pertama kali ku kenal dia, aku juga kenal keluarganya. itulah adat aku berkawan dgn semua kawan2ku yg aku rapat..mengenali keluarga org kata kita blh tahu bagaimana perangainya..
tapi kini semuanya berubah. sampai masa ini aku masih mencari jawapan kenapa semua ini terjadi. kenapa kasih sayang yang disulam selama 28 tahun lenyap begitu sahaja disebabkan hanya sesuatu yang tidak dimasuk akal. aku sering terfikir tidakkah dia merasa rindu suasana kemesraan seperti dulu...tidakkah dia rasa rindu untuk meluahkan segalanya kepada ibu yang dikasihi...tidakkah ada rasa walau sekelumit pun perasaan sayang di dalam hati...tidakkah ada rasa untuk kembali ke masa dulu..tidakkah ada rasa untuk mengambil tahu apa yang berlaku di sana...tidakkah dia menyesal atas apa yang dia lakukan..adakah dia gembira dengan hidupnya kini..adakah dia suka begitu..atau hanya dia berpura-pura gembira supaya tidak rasa menyesal..kadang2 ingin sekali aku bertanya, berbual, bergelak tawa seperti dulu dengan dia..soalan yang pertama akan aku tanya..adakah kau bahagia dengan kehidupan yang kau pilih? tapi aku tidak mampu memaafkannya selagi kesilapannya tidak ditebus..
kadang2 aku merasa amat letih memikirkan dia...di mulut ku katakan biarlah dia asalkan bahagia, tapi jauh di sudut hati aku terselit seribu satu pertanyaan berkaitan dia......dia kulihat dari jauh seperti hambar....

Mar 17, 2009

Pernah tak?

Pernah tak dalam sehari kita mendapat bermacam-macam berita gembira...atau mungkin kita mendapat bermacam-macam berita yang menyedihkan bagai jatuh ditimpa tangga..bila dapat berita yang menyeronokkan boleh terpancar kegembiraan di wajah. Tapi bila hati ditimpa kesusahan muka pun begitu kelam..Kadang-kadang kita tak mahu masa berlalu dengan pantas bila diri di dalam mood gembira, tapi bila ditimpa seribu satu masalah kalau boleh kita mahu semuanya lenyap sekelip mata...
Hidup ini bagaikan roda, penuh cabaran. Jika difikirkan, kalau happy je kita takkan menjadi matang dan tabah menghadapi dugaan hidup.

Mar 11, 2009

Rindu masa dulu..

Rindu masa dulu..
Rindu dengan perasaan dulu..
Rindu dengan suasana dulu..
Rindu dengan kawan - kawan yang dulu..
Rindu dengan pengalaman dulu...
Rindu dengan kasih sayang yang dulu...
Rindu pada kenangan dulu...
Rindu pada hidup yang dulu...
Rindu oh rindu
Mengapa tiba-tiba merasa Rindu..
Mungkin ada seseorang teringat "kenangan Rindu kita"?...