Mar 18, 2009

Masihku ingat..

betapa akrabnya keluarga ini. belum pernah kulihat kemesraan seperti ini..tidak pernah ku peluk dan cium ayah ku sebegitu tidak juga adik beradikku, cuma aku lebih selesa memeluk dan mencium ibu..(ini bukan bermakna aku tidak sayang kepada keluargaku..cuma cara menunjukkan kasih kita kepada seseorang adalah berbeza2)..tiba2perasaan cemburu datang tanpa kusangka..itu adalah peristiwa hampir 4 tahun yg lalu..pertama kali ku kenal dia, aku juga kenal keluarganya. itulah adat aku berkawan dgn semua kawan2ku yg aku rapat..mengenali keluarga org kata kita blh tahu bagaimana perangainya..
tapi kini semuanya berubah. sampai masa ini aku masih mencari jawapan kenapa semua ini terjadi. kenapa kasih sayang yang disulam selama 28 tahun lenyap begitu sahaja disebabkan hanya sesuatu yang tidak dimasuk akal. aku sering terfikir tidakkah dia merasa rindu suasana kemesraan seperti dulu...tidakkah dia rasa rindu untuk meluahkan segalanya kepada ibu yang dikasihi...tidakkah ada rasa walau sekelumit pun perasaan sayang di dalam hati...tidakkah ada rasa untuk kembali ke masa dulu..tidakkah ada rasa untuk mengambil tahu apa yang berlaku di sana...tidakkah dia menyesal atas apa yang dia lakukan..adakah dia gembira dengan hidupnya kini..adakah dia suka begitu..atau hanya dia berpura-pura gembira supaya tidak rasa menyesal..kadang2 ingin sekali aku bertanya, berbual, bergelak tawa seperti dulu dengan dia..soalan yang pertama akan aku tanya..adakah kau bahagia dengan kehidupan yang kau pilih? tapi aku tidak mampu memaafkannya selagi kesilapannya tidak ditebus..
kadang2 aku merasa amat letih memikirkan dia...di mulut ku katakan biarlah dia asalkan bahagia, tapi jauh di sudut hati aku terselit seribu satu pertanyaan berkaitan dia......dia kulihat dari jauh seperti hambar....

2 comments:

Mdm.Mardziyana said...

Emm...i sorg je yg macam tu.Adik2 i yg lain sume malu2 kucing.Hehehe..Dah hidup org cik sidah.nak wat camno.Bukan buleh buek apo pun.Lebih baik kita pikir diri kita je.Sebab org lain pun asyik pikir diri dia je.(boleh gitu?)

Anonymous said...

lupakan aje dia tu..mungkin dia sudah menerima hidupnya seadanya..dia takkan sedar selagi mak ayah dia masih ada didunia ni...suatu hari nanti dia akan sedar jugak..tunggu je