Nov 21, 2008

Cubala jadi yang terbaik..

Jika kite ingat utk jadi yg terbaik ... kite insya Allah akan jadi terbaik...maka selalula berdoa utk yg terbaik...jika kite tak baik..so kenela dekatkan diri dgn org yg baik2 kan...
em bak kata org kalau kawan ngan org jual minyak wangi..maka kite pun bau minyak wangi kan...tempias pun kenakan...
pikir-pikirkan...

Nov 20, 2008

5 Petua Menghepikan Diri Sendiri


Kita memang selalu down, bila boss marah kita, kengkawan nyisihkan kita, mak berleter ngan kita atau cikgu marah ngan kita.

Kita juga makin kurang bersemangat bila perniagaan kita menurun, rakan sekerja kurang beri kerjasama atau buat donno saja.

Bila dalam keadaan begini, apa nak buat? Mestilah ubah mood kita jadi hepi, ceria dan bertenaga.

Cemana nak menghepikan diri sendiri? Mulakan dengan…

1. Niat di hati
Katakan pada diri sendiri “aku mau jadi hepi, aku nak jadi bersemangat!”.

2. Ubah pernafasan.
Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.

Lakukan ketika berdiri. Ulang 5 hingga 7 kali untuk kesan maksima.

3. Ubah postur badan dan gaya berjalan.
Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh konpiden, bior nampak bertenaga!

4. Menyanyi kecil
Menyanyi-nyanyi boleh merubah mood kita, terutama lagu yang kita suka. Elak menyanyi lagu sedih, sebab ia merubah mood Anda bertukar menjadi sedih. Kita nak hepi, ye tak?

5. Banyakkan istighfar dan zikir
Bila kita down, ada amarah kecil dalam hati kita, means kita tak puas hati tentang sesuatu, benda atau perkara, sebab itu emosi kita down lalu jadi kurang bersemangat.

Untuk menghilangkan amarah tu, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi bila sebelum itu, Anda mengambil wuduk..

Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesan istighfa tu meresap masuk jauh ke sanubari Anda, sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga Anda benar-benar terasa damai, sedamai yang mungkin.

Selepas itu, bersyukurlah atas semua apa yang Anda ada hari ini, saat ini, ketika ini.

Misalnya, bersyukur sebab Anda ada tempat kerja untuk mencari rezeki, bersyukur sebab hujung bulan Anda ada pendapatan tetap bayar bil-bil Anda, bersyukur sebab Anda bertemu dengan blog iMotivasi yang menaikkan semangat Anda.

Rajin bersyukur merubah jiwa anda menjadi lebih tenang, lantas menjadi lebih bersemangat!

Pilih untuk menjadi orang yang hepi. Be happy, choose to be happy!



Source from:
http://www.imotivasi.com/5-petua-menghepikan-diri-sendiri/

8 Petua Untuk Menjadikan Anda Ceria Dan Gembira Dalam masa 1 jam (Let's try!)

1. Tingkatkan Tenaga:

Apabila bercakap di talipon, cuba berdiri dan bercakap seolah-olah orang yang bercakap dengan anda itu berada didepan anda. Untuk mendapatkan tenaga, anda juga boleh keluar berjalan-jalan secara pantas selama 10 minit diluar rumah atau di luar pejabat. Kajian menunjukkan bahawa cara berjalan sedemikian boleh meningkatkan metabolisma. Aktiviti dan cahaya matahari boleh meningkatkan fokus, menambah mood bekerja dan otak pula mampu menyerap informasi dengan lebih cekap. Secara tak langsung apabila anda nampak bertenaga, suasana sekeliling anda juga akan terpengaruh bertenaga dan rakan-rakan sekerja anda juga akan terpengaruh untuk bekerja dengan bertenaga.

2. Hubungilah rakan-rakan:

Cuba buat temujanji makan tengahari atau hantar email kepada rakan anda yang telah lama tidak berhubungan. Salah satu kunci kepada kebahagiaan adalah dengan adanya perhubungan yang baik dengan orang, oleh itu selalu-selalu lah berhubungan dengan mereka. Sekiranya ini dilakukan secara berterusan, sikap sosial ‘introvert’ anda akan bertukar kepada ‘extrovert’ (lebih kepada keterbukaan)

3. Lakukan kerja-kerja yang mencabar:

jawab email, beli sesuatu yang anda perlukan atau buat appointment dengan doktor gigi anda. Kadang-kadang dengan membuat kerja-kerja yang mencabar akan memaksa penjanaan tenaga dan membuatkan anda aktif. Berkemungkinan darah anda jarang-jarang di pam secara pantas keseluruh otot-otot dan saraf.

4. Wujudkan suasana yang kemas dan tenang:

Kemaskan ruangan kerja anda dengan menyusun kertas, membuang sampah, menyusun fail, menyimpan dokumen atau membersihkan alat-alat letrik di pejabat atau dirumah seperti mesin fotostat, mesin fax, komputer dan sebagainya. Jadikan kerja-kerja itu sebagai ‘aktiviti seminit’ anda setiap hari. Suasana yang berselerak akan menjadikan fikiran anda juga kusut. Walaupun seminit, anda telah berjaya mengurangkan beban penglihatan terhadap kerja-kerja yang tidak kemas. Apa salahnya anda meletakkan pasu bunga kecil dengan tumbuh-tumbuhan hidup didalamnya. Ini dapat menghidupkan suasana semulajadi yang mampu menceriakan suasana sekitar anda.

5. Rancanglah sesuatu yang menyeronokkan:

Buat pesanan buku yang anda hendak baca. (pastikan buku itu memang anda hendak baca sangat-sangat) atau rancanglah untuk pergi melawat muzium bersama rakan atau keluarga, sebagai satu lawatan yang informatif. Anda juga boleh cuba menyertai ‘jungle trekking’, ‘canoeing’, pergi ke kedai hardware, menonton wayang atau apa-apa sahaja yang berbau hiburan. Kajian juga menunjukkan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti itu, boleh menjadikan hidupanda lebih seronok. Menyertai aktiviti sedemikian bukan sahaja menyeronokkan tetapi dapat membaharui latarbelakang diri anda. Ajaklah kawan-kawan atau sesiapa sahaja untuk menyertai. Lebih ramai lebih baik kerana anda boleh sambil-sambil berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat semasa bersukaria itu.


6. Buat sedikit kebajikan:

Membuat kebajikan bukan beerti anda terpaksa menubuhkan persatuan kebajikan. Sekecil-kecil kebajikan mungkin hanya dengan menghantar email kepada kawan atau saudara anda dengan mengucapkan salam, Selamat Pagi atau mengucapkan Selamat Harijadi.

Apasalahnya jika anda sebagai ketua, menghantar email kepada orang-orang bawahan anda dengan ‘Terimakasih kerana telah membantu saya, saya hargai kerja-kerja anda” sekali sekala. Selepas itu lihatlah apa yang akan berlaku pada orang bawahan anda. Tentunya dia akan kelihatan lebih ceria hari itu berbanding dengan sebelumnya.

Anda juga boleh membuat jamuan tengahari secara mengejut terhadap orang-orang bawahan anda. “Tengahari ini saya nak belanja makan tengahari”. Berapalah sangat belanja makan tengahari jika dibandingkan dengan produktiviti yang akan dihasilkan kelak. Anda akan terkejut dengan anda belanja orang makan, rezeki anda kan bertambah tanpa disangka-sangka. Percayalah!

7. Tunjukkan anda gembira:

Senyumlah. Senyumlah walau sedikit dan kalau boleh teruskan senyum. Kajian menunjukkan bahawa jika anda tersenyum walaupun dengan terpaksa akan menghasilkan kesan yang positif kepada emosi anda- membantu menyemarakkan semangat dan juga menceriakan suasana sekitaran anda. Jika anda selalu tersenyum, anda akan dikenali sebagai seorang yang ‘friendly’ dan mudah didekati.

8. Dengarlah muzik kegemaran anda:

Dengarlah muzik. Ada kajian yang telah mendapati bahawa 92% responden merasa lebih ceria selepas mendengar muzik. Apa salahnya gerak-gerakkan sedikit tubuh anda apabila mendengar muzik. Mendengar muzik yang ringan atau sesuai dengan citarasa anda boleh mengurangkan kemurungan dan membangkitkan semangat anda semula. Irama yang bertepatan dengan degupan jantung anda menjadikan anda lebih bertenaga tak kira semasa bekerja atau semasa memandu.

Ada yang berpendapat, cuba untuk bergembira adalah tindakan yang sia-sia. Tidak benar samasekali. Sesiapa sahaja yang nampak gembira adalah orang yang disukai ramai, nampak sihat, produktif dan berjiwa kemasyarakatan. Oleh itu, dalam usaha kita hendak menjadi menceriakan diri, secara tidak langsung kita akan menceriakan orang-orang yang ada disekeliling kita. Apalagi…, sekarang tugas kita adalah untuk menceriakan diri dan menjadi gembira dimana sahaja.

Bagaimana perasaan anda sekarang? Happy???



Source from:
http://arjuna1182.wordpress.com/2008/08/23/8-petua-untuk-menjadikan-anda-ceria-dan-gembira-dalam-masa-1-jam/

Cheer up!



Sebenarnye pagi2 ni mmg takde semangat..tp layankan je..g keje awal..nk cari semangat..selalunye kalau boring main game...jalan2..tp nk buat apo ek..emm..sejak ada blog mmg tak aktif..so rasa nk update blog ni utk hilangkan boring..so..bukala blog pg td ni, ada 2 of my students yg comments..so cheer me up a little bit and inspire me to write more in my blog..
Blog..buat org yg minat menulis diari..but for me mmg tak suka nk tulis about my feeling..i prefer to all out with my husband and good friends..but sometime we need a space for ourselve right...so i think kadang2 jela blog ni praktikal utk cerita apa yg kite buat..nk share kan...but not everything..

So cheer up!!!!

Happy holiday all Students in the world..


Ho..ho..ho.. It's a surprised that some of my students read my blog..and give some comment..tq shikin n arif...Good luck for your exam k..hope u all will get good result..
So now again..UiTM become so quiet again..and its hard to see people..(hee...ye ke..)why? of course no students...so do you said that students make your life become alive..heee..yes sometimes...but sometimes make my life miserable..cause so many ragam..but never mind thats the challenges...

See you all..no la..see other students next sem...

Nov 19, 2008

What to do lor this coming holiday..

Ye ye...next week i will free my mind with all serabut things..although i know when i coming back i will have so many work to do..work..work..work..never stop ye!!!
what to do yup? where to go? what is in my mind is i want to go cuci my eyes..wah..
but i wish i can go to waterfall bring Aisy..poor Aisy ibu is very busy...
(paper tak habis tanda lagi!!!)

Difficult to recognize people?

It is not easy right? to know what is inside each person.. whether they tell you the truth or not...like people said..mulut manis..janji manis..but is such a way..it is really hurt when somebody that we know is lying..not telling the truth..really pain..but what can we do..bio jela..

Nov 14, 2008

Harapan Pada Ayah Ibu

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal tuhan Yang Esa

Bantulah kami hidup akhirat
Hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami
Akan tipu daya dunia

Bimbinglah kami asuhlah kami
dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana

Perkataan maki harus jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami mencontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahi ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Bimbinglah kami mengikut cara sunnah nabi
Janganlah kami dididik secara yang rugi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

*
Kenalkanlah kami hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cintai akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan kepadamu ayah dan ibu

(Ulang dari *)

Itulah harapan kami pada ayah dan ibu
Itulah harapan kami ayah ibu

ayah ibu restui perjuanganku

Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di lahit
Ibarat memayungi setiap insan

Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan syaang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu

Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya

Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu

Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu

oh ayah oh ibu

siapakah ayah dan ibu anda
mengapa anda mempunyai ayah dan ibu
mengapa Allah kurniakan ayah dan ibu
apakah yang perlu anda lakukan terhadap ayah dan ibu

oh ayah oh ibu

kurniaan Allah yang paling tidak ternilai
bersyukur di atas segala suratan
moga aku menjadi anak yang paling diredhai

wahai sekalian
jangan sesekali menyakiti hati ibu ayah
setitis air mata mereka belum tentu mampu diubati
ukirkanlah senyuman di bibir mereka

senyuman mereka akan membuat anda lebih tersenyum tenang
tenang dan senang dalam hidup

oh ayah oh ibu
doaku peliharala mereka seperti mana mereka memeliharaku sehingga kini
kasih mereka tiada tandingan

kini baru aku lebih mengerti erti kasih seorang ibu
ketika aku dikurniakan Aisy dalam hidup kami
kini Allah mengujiku seperti mana menguji ibu bapa ku dahulu
semasa membesarkan aku

ingat sekalin
sebelum membuat sesuatu fikir kesannye kelak

oh ayah oh ibu