Nov 14, 2008

oh ayah oh ibu

siapakah ayah dan ibu anda
mengapa anda mempunyai ayah dan ibu
mengapa Allah kurniakan ayah dan ibu
apakah yang perlu anda lakukan terhadap ayah dan ibu

oh ayah oh ibu

kurniaan Allah yang paling tidak ternilai
bersyukur di atas segala suratan
moga aku menjadi anak yang paling diredhai

wahai sekalian
jangan sesekali menyakiti hati ibu ayah
setitis air mata mereka belum tentu mampu diubati
ukirkanlah senyuman di bibir mereka

senyuman mereka akan membuat anda lebih tersenyum tenang
tenang dan senang dalam hidup

oh ayah oh ibu
doaku peliharala mereka seperti mana mereka memeliharaku sehingga kini
kasih mereka tiada tandingan

kini baru aku lebih mengerti erti kasih seorang ibu
ketika aku dikurniakan Aisy dalam hidup kami
kini Allah mengujiku seperti mana menguji ibu bapa ku dahulu
semasa membesarkan aku

ingat sekalin
sebelum membuat sesuatu fikir kesannye kelak

oh ayah oh ibu

0 comments: