Dec 12, 2008

Nilai Kasih..tiada Tandingan

Sejak tamat sekolah Darjah Khas..rasanya dalam tahun 1994...tiada subjek agama yang khusus di universiti..makanya nilai ilmu agama rasanya berkurangan...terutama berkaitan dengan sejarah Islam..(kalau tanya sekarang, banyak yang dah lupa)
Bila terbaca artikel tentang Rasulullah teringat zaman sekolah dulu...Dulu belajar tentang sifat Rasulullah, kasih sayang, pengorbanan dan teladan yang sepatutnye dijadikan contoh... Manusia memang mudah lupa..Rasulullah adalah role model yang terbaik di dunia dalam pelbagai aspek... yang menarik tentang Rasulullah adalah nilai kasih sayang yang terlalu tinggi...Masya Allah...
Antaranya:

**Pernah seorang Arab Badwi meminta sambil menarik dengan kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas di leher baginda. Tetapi baginda tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

**Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah. Namun Rasulullah tidak bertindak balas. Pada suatu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahinya. Dengan penuh kasih baginda bertanya khabar. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

(kalau kite dibuat begitu..apa tindakan yang akan kite ambil..renung2kan..)

0 comments: