Apr 15, 2009

Perihal Uban


Pasti kita akan merasa malu bila rambut bertukar menjadi putih walaupun masih muda..tapi ini yang biasanya berlaku..mungkin ia mengikut genetik seseorang..atau orang kata sebab banyak fikir...atau lumrah alam...apapun faktornya, bukan itu yang menarik hati saya untuk bercerita tentang uban. Yang saya tiba-tiba terfikir adalah apakah cerita atau hukum mengenai uban ni..maka saya pun search dan menjumpai pendapat dan hadith berkaitan dengan hukum mencabut uban:

HUKUM

Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua.

(Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)



Larangan mencabut uban ini telah disebutkan dalam hadis daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada mencabut uban (kepala atau janggut) dan Baginda bersabda: “Sesungguhnya uban itu cahaya orang muslim.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)



Hadis yang lain, daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

Maksudnya:
“Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jangan kamu cabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban di dalam Islam, berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: “Melainkan bagi uban itu cahaya di hari qiamat.” Sementara katanya (periwayat) dalam hadis Yahya: “Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satu kebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu) dengan sehelai uban itu satu kesalahan.”

(Hadis riwayat Abu Daud)


Maka timbul persoalan lain pula bagaimana jika kita mewarnakan rambut tersebut dengan inai...kita kene mencari jawapannya...

4 comments:

Beyta said...

owh yeke... tak bleh lah cabut uban ni.. alah.. umo baru berape... bleh kuar uban plak...

Rohadatul Aisy said...

Itula saya pun baru tau..bila tiba2 smlm terpikir...hee...dia nk ingatkan walau pun muda tapi kene selalu ingat diri..(hee)

HishamMB said...

Salam.

Untuk pengetahun, manusia pertama di dunia yang beruban adalah Nabi Allah Ibrahim AS. Baginda beruban ketika dalam perjalanan meninggalkan Siti hajar bersama Ismail di padang pasir. Dek kerana terlalu memikirkan bagaimanakah mereka berdua nanti akan menempuh kehidupan di padang pasir sedang Baginda terpaksa meninggalkan mereka atas perintah ALLAH SWT, rambut baginda menjadi beruban. Sebab itu antara golongan yang dipermudahkan di padang mahsyar nanti adalah orang beriman yang beruban.

Wallahua'lam.

HishamMB

Rohadatul Aisy said...

Betul tu en Hisham...tapi kita ni biasanya bila rambut beruban akan malu..dan org lain akan mengata kita...emm..byk lagi yg kite belum tahu..