May 7, 2009

Walaupun...


Walaupun skin kulit dah bertukar kita masih lagi akan sama jika kita tidak berubah,
Walaupun kita cuba untuk berbuat baik tapi kita tetap nampak tidak baik jika hati tidak ikhlas,
Walaupun kita cuba untuk berseronok tapi kita nampak boring sebab hati tidak seronok,
Walaupun blog dah dicantikkan tapi masih rasa malas dan boring untuk mengupdatenya,
walaupun cuba mencari idea yang menarik untuk entri blog tapi masih tiada,

Maka haruskah blog ini juga dikuburkan seperti blog www.mencaribahagiayanghakiki.blogspot

Masih berfikir untuk menarik hati supaya sentiasa menulis blog....

Apr 16, 2009

GOOD LUCK TO ALL MY STUDENTS

Apr 15, 2009

Perihal Uban


Pasti kita akan merasa malu bila rambut bertukar menjadi putih walaupun masih muda..tapi ini yang biasanya berlaku..mungkin ia mengikut genetik seseorang..atau orang kata sebab banyak fikir...atau lumrah alam...apapun faktornya, bukan itu yang menarik hati saya untuk bercerita tentang uban. Yang saya tiba-tiba terfikir adalah apakah cerita atau hukum mengenai uban ni..maka saya pun search dan menjumpai pendapat dan hadith berkaitan dengan hukum mencabut uban:

HUKUM

Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua.

(Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)



Larangan mencabut uban ini telah disebutkan dalam hadis daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada mencabut uban (kepala atau janggut) dan Baginda bersabda: “Sesungguhnya uban itu cahaya orang muslim.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)



Hadis yang lain, daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

Maksudnya:
“Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jangan kamu cabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban di dalam Islam, berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: “Melainkan bagi uban itu cahaya di hari qiamat.” Sementara katanya (periwayat) dalam hadis Yahya: “Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satu kebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu) dengan sehelai uban itu satu kesalahan.”

(Hadis riwayat Abu Daud)


Maka timbul persoalan lain pula bagaimana jika kita mewarnakan rambut tersebut dengan inai...kita kene mencari jawapannya...

Banyak nk tulis tapi..

Idea kat fikiran ni byk..tp semua terpendam je..busyla..tak sempat nk tulis dlm blog..kalaula ada alat utk menterjemahkan apa yang ada dlm minda terus ke handphone atau terus ke komputer tentu senang keje kita semua kan..tentu dlm kete pun blh siapkan keje...hari ni bukan takde keje sampai sempat nk posting something, tapi sbb tgh bfast ni..sambil2 tu tgkla blog2 yg menarik...(selalunya org tgk paper kan..eemmm) lepas ni kene kumpul tenaga untuk settlekan keje yg masih belum siap ni...
1. Surat2 Cyber Security Awareness
2. Teaching Portfolio
3. Course File

Itu adalah top 3 yang perlu disiapkan..tapi baru bc email tadi..ada lagi kerja yg penting perlu diberi perhatian..sebenarnya nk buat keje tu tapi tak sempat2...next pahse kerja:

4. Web kualiti (content)
5. KIK (Jumaat ni)
6. Research

Or mungkin saya kene ikut mana yang akan sampai due datenye...apa2 pun hari ni kene siapkan surat2 utk program esok tau (16/4)...itu lagi penting...sbb tinggal hari ni je..tapi insya Allah akan siap..tinggal sikit je kejenya..

Ok jom breakfast...

Apr 6, 2009

Banyaknya kerenah dia...

Masa yang kritikal..

Minggu ini merupakan masa yang kritikal untuk semester Dec08 - April 09. Tinggal minggu ni sahaja sebelum study week then final pada 20hb Apr 09. My first paper 22 ni (CSC128) paper yang ramai fail last sem..so hopefully semuanya akan ok..saya hanya mampu memberi yang terbaik kepada student..selainnya berserah kepada usaha students dan kepada Allah.. next paper pada 27/4 (CSC125 dan CSC253) dan terakhir pada 2/5 (MGT417)..selalunya paper saya akan berada pada hari terakhir final..but this sem last paper pada 2/5..maka adilla begitu..
Semoga sukses ya semuanya....

Mar 20, 2009

Renovation..

rasa mcm dah boring dengan blog ni..ada gak rasa nk delete..tapi syg pulak..so kene ubah sesuatu..so tukarla skinnya..kesian blog ni dh lama tak tukar baju..tp tak sempat nk shopping semua kedai utk tgk baju mana yg cantik..ni jela dulu..next time kita shopping lagi k..

Mar 18, 2009

Masihku ingat..

betapa akrabnya keluarga ini. belum pernah kulihat kemesraan seperti ini..tidak pernah ku peluk dan cium ayah ku sebegitu tidak juga adik beradikku, cuma aku lebih selesa memeluk dan mencium ibu..(ini bukan bermakna aku tidak sayang kepada keluargaku..cuma cara menunjukkan kasih kita kepada seseorang adalah berbeza2)..tiba2perasaan cemburu datang tanpa kusangka..itu adalah peristiwa hampir 4 tahun yg lalu..pertama kali ku kenal dia, aku juga kenal keluarganya. itulah adat aku berkawan dgn semua kawan2ku yg aku rapat..mengenali keluarga org kata kita blh tahu bagaimana perangainya..
tapi kini semuanya berubah. sampai masa ini aku masih mencari jawapan kenapa semua ini terjadi. kenapa kasih sayang yang disulam selama 28 tahun lenyap begitu sahaja disebabkan hanya sesuatu yang tidak dimasuk akal. aku sering terfikir tidakkah dia merasa rindu suasana kemesraan seperti dulu...tidakkah dia rasa rindu untuk meluahkan segalanya kepada ibu yang dikasihi...tidakkah ada rasa walau sekelumit pun perasaan sayang di dalam hati...tidakkah ada rasa untuk kembali ke masa dulu..tidakkah ada rasa untuk mengambil tahu apa yang berlaku di sana...tidakkah dia menyesal atas apa yang dia lakukan..adakah dia gembira dengan hidupnya kini..adakah dia suka begitu..atau hanya dia berpura-pura gembira supaya tidak rasa menyesal..kadang2 ingin sekali aku bertanya, berbual, bergelak tawa seperti dulu dengan dia..soalan yang pertama akan aku tanya..adakah kau bahagia dengan kehidupan yang kau pilih? tapi aku tidak mampu memaafkannya selagi kesilapannya tidak ditebus..
kadang2 aku merasa amat letih memikirkan dia...di mulut ku katakan biarlah dia asalkan bahagia, tapi jauh di sudut hati aku terselit seribu satu pertanyaan berkaitan dia......dia kulihat dari jauh seperti hambar....

Mar 17, 2009

Pernah tak?

Pernah tak dalam sehari kita mendapat bermacam-macam berita gembira...atau mungkin kita mendapat bermacam-macam berita yang menyedihkan bagai jatuh ditimpa tangga..bila dapat berita yang menyeronokkan boleh terpancar kegembiraan di wajah. Tapi bila hati ditimpa kesusahan muka pun begitu kelam..Kadang-kadang kita tak mahu masa berlalu dengan pantas bila diri di dalam mood gembira, tapi bila ditimpa seribu satu masalah kalau boleh kita mahu semuanya lenyap sekelip mata...
Hidup ini bagaikan roda, penuh cabaran. Jika difikirkan, kalau happy je kita takkan menjadi matang dan tabah menghadapi dugaan hidup.

Mar 11, 2009

Rindu masa dulu..

Rindu masa dulu..
Rindu dengan perasaan dulu..
Rindu dengan suasana dulu..
Rindu dengan kawan - kawan yang dulu..
Rindu dengan pengalaman dulu...
Rindu dengan kasih sayang yang dulu...
Rindu pada kenangan dulu...
Rindu pada hidup yang dulu...
Rindu oh rindu
Mengapa tiba-tiba merasa Rindu..
Mungkin ada seseorang teringat "kenangan Rindu kita"?...

Feb 15, 2009

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukansesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kitasebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang


(berapa jumlah markah kita..adakah mencapai gred A+?)

Bila kali terakhir kita membaca kitab Allah

Bila Al Quran Mula Bersuara

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

(insaf diri ini..sesungguhnya manusia ini selalu leka..janganlah engkau palingkan rahmatmu, Ya Allah..)

Feb 9, 2009

Berita bergambar...


Semasa nak pergi ke Melaka, boleh berderet kereta nak masuk ke Gunung Ledang...


Car brokedown...


Bawak aisy g fun fair..(ibu pun tak pernah pergi ..ni first time)


Eye on Malacca

Trip to Lion City

Sabtu lepas, saya join trip ke Singapura. Trip ni sehari sahaja. Bertolak pada pukul 6 pagi. Agak lambat sampai ke imegresen JB, pd pukul 11 pagi..(slow je driver tu bawak bas..sabo jela)first kita semua pergi ke esplanade, merlion park..di mana tpt letaknye singa yg besar tu. Apa lagi masa untuk posing..ramai betul org kat situ..ada jugak trip dr stud utm masa tu..seronok bergambar..tak kisahkan org..heee..then pergi ke china town..kat situ belila sikit cenderahati..then g geylang..sekejap je..lepas tu terus pergi ke pulau sentosa..sebab nk mengejar tiket utk tgk sing of the sea..walaupun pulau sentosa tak besar tp mmg mcm2 yang ada..padat..org singapura mmg creative...so ambil lg gambar..ada mcm2..mcm taming sari kat melaka pun ada..tp tak naik..kita org naik skyride..dia mcm cable car tp diganti dgn buaian..(dpt imgine)seram jugak..mau taknye takut je selipar tertanggal..nk pakai apa balik nnti..hee..so roundla seluruh pulau tu..takla semua..ada bikini bar, siloso beach...underwater world..ingat nk masuk tp $22 agak mahal so tak jadi masuk..ambil gambar kat luar je..gambar ngan penyu..hee..then naik tram utk ke tpt skyride..second time naik skyride agak rilex...control..heee..lepas tu terus ke imbiah station utk tunggu ke tpt show song of the sea...
so ni show yg dinanti..wow..very nice..and interesting..creative..seronok sangat...best! tak sia2 $8..tapi tak dpt amik gambo sbb bateri habis..so these are all the memories...









Jalan lagi...

Balik dari Melaka..tdo semalam kat segamat..plannya nk balik adela..tp sbb tgk aisy mcm letih dan mcm nak demam so balik kg esoknya (khamis)..mcm biasala aisy...bila balik adela..takut je dgn org..sbb jarang jumpa..kesian nenek...tp nmpk aisy makin okla..berbanding dulu..kalau lama sikit duduk adela..mgkn dia dah tak takut org dah..so balik semula segamat hari sabtu..itu pun kelam kabut sebab dpt call dr adik jumaat mlm..anak sedara masuk hospital segamat sbb makan pil banyak sgt..zaid (anak sedara) ni mmg tak takut makan ubat, so blh pulak dia jumpa ubat ayah..so dia makan sebotol setengah..esoknya terus ngadu sakit perut..panas..so mlm jumaat tu pergi hospital kene tahan...tdola semlm di wad..alhamdulillah takde apa2..sebelum tu dapat berita dr emak, anak sedara kat muar pun masuk hospital hari rabu lepas balik dr melaka..ni mesti gara2 mandi lama sangat..smpi demam panas..kesian asyraf..lama gak kene tahan..so sabtu tu smpi sgmt pukul 3..then pukul 4 g muar sbb bawak mak tgk asyraf..letih..sampai segamat semula pukul 9 mlm...memang berjalan betulla seminggu ni..tapi yg lagi letih mestila driver..(thanks abang..)

Abah rajin layan Aisy!

Welcome to Malacca


Since cuti semester ni..so apa lagi ambil kesempatan bercuti seminggu..walaupun baru je kelas bermula..nnti difikirkn susah nk cutikan..plan punya plan akhirnya bercuti di melaka sahaja..sbb lambat booking so tak dpt pergi pd..takpela..asal dpt bwk aisy jln (eh ye ke..bukan ibu dia yg lebih2)..so kali ni bercuti ngan famili uda je sebab kak long balik terengganu..mak balik tangkak..yang ikut miza je..trip ni semalam je..tdo kat hotel legacy melaka..dekat sgt ngan uitm melaka...
aktiviti di melaka...hanya g naik eye on malacca je..jalan2 kat bandar je..then main air kolam...emm okla kan aisy...

Walaupun tak tinggi sangat ferris wheel tu tp cuak jugak bila kene berhenti paling puncak..iskh...baru tau yg ada org gayat rupanya..heee...harga tiket murah...RM5..teringin sangat nk naik cruise dia..tp tk sempat sbb dah malam..aisy pun dah tdo..


Seronok betul aisy mandi kat swimming pool...walaupun ramai org...tp dia suka je mandi..sampai biru2 bibir kesejukan..aisy..aisy..

Lamanya..

Lamanya tak update blog..masa cuti raya cina sibuk bercuti..berjalan..so tak sempat nk update blog..then last week pulak tak sihat..mual2 aisy tak sihat..then saya pulak tak sihat..ni baru recover ni...alhamdulillah semua dah sihat..banyak nk cerita..see u..

Jan 28, 2009

Jodoh oh jodoh....


Pada 25hb lepas akak jiran depan rumah selamat diijabkabul dengan jodohnya. Kita org semua panggil dia Kak Ani..tp masa nikah, ayah jadi saksi nikah..barula tau yang nama sebenarnya Nora..terkejut dengar ..jauh sangat2 ngan nama panggilan..ada cerita disebaliknya...dulu nak bagi nama noraini tp bila tiba pejabat pendaftaran..blh pulak lupa..so namakan nora je..heee..macam2 kan..kisah akak ni..dia adalah pengantin yg special kerana usianya..tp ketentuan Allah kan..kita tak tau bila kita akan bertemu jodoh kita..setelah berusaha, berdoa dan bertawakal..Selamat Pengantin Baru Kak Ani.

Jan 23, 2009

Hari Q '09

Sudah berlalu hari Q lebih kurang satu jam...apa yang menarik yang mencuit hati ini adalah kata2 dari Prof Kamil berkaitan dengan keikhlasan kite dalam membuat sesuatu..ikhlas memang sukar diukur..jika kita katakan kita ikhlas..tp tidak sebenarnya jauh di sudut hati..begitu juga ketika puasa..ikhlas dengan puasa..dan nilai puasa hanya diketahui oleh Allah sahaja....
itu yang cuba dipupuk dalam hati ini..untuk ikhlas..dan tidak mahu menunjukkan apa yang telah dibuat...semoga Allah memberi keikhlasan di hati..

Jan 19, 2009

E.Y.E.S

Apala kene dengan mata ni..uncomfortable..agak sakit bila tgk komputer ni lama2..tp dah tanya ngan my cousin pasal mata ni..dia kata maybe sebab letih tgk benda dekat terlalu lama..so she suggest that after 20 minutes rest my eyes..then can start again.. then try to use natural tears..so esok kene belila...
ingatkan dah ok tp masih tak ok..berair je mata ni..
hope will recover soon (Amin Ya Allah)

Jan 16, 2009

A Story of IID'09






Syukur pada Allah atas segala kesempatan ini...It's all En Hisham...Terima kasih En Hisham sebab ajak saya untuk join group ni..(keje yang tak seberapa)..seronok sangat...bila dengar pengumuman dia kata "kite ke uitm johor" ..masa tu saya dah rasa seronok..en hisham menang dalam hati saya..yela..en hisham je yang masuk kali ni dr johor (hopefully ramai after this..jom kite masuk iid10) tapi berdebar produk mana yang akan menang gold sebab en hisham masuk 4 produk...so booth 291 yang menang..takpe at least we all try..it's good the first try to get bronze...but sad that your dream not come true en hisham...(a very sorry)
whatever...CONGRATS!!!!!!!!!!!!!!!!


Celebrate before 14hb



Since kene g shah alam 13hb..so tak dpt nk celebrate birthday aisy..so 12hb malam..ajak mar dan ima celebrate...(mcm la aisy faham..yg lebihnye kite org ni..heee)...(keep growing my baby)

Jan 11, 2009

3 hari lagi!

Insya Allah Aisy akan 1 thn pd 14hb ni (tapi ibu takde masa tu)...sedar tak sedar masa berjalan tanpa kite sedari...melihat aisy membesar..cukup seronok walaupun agak penat. Mungkin itu nikmat seorang anak! Mcm2 dah aisy pandai...belum pandai jalan lagi dh nk panjat! Moga Aisy sentiasa dalam rahmat Allah!

Jan 10, 2009

Satu Wajah Seribu Cerita


Mcm-mcm pengalaman yg ditimba masa teambuilding...tidak kurang jugak perasaan bercampur baur tatkala di hari terakhir..

Induksi pun begitu..terselit seribu perasaan...

Cucu Cikgu Mokhtar & Pn Rohani




Sedar tak sedar dah 9 org anak-anak kecil di rumah ni...dengar cerita nk masuk yg ke-10...boleh buat team bola...wah...meriah..bertambah gegak gempitala rumah...penatla atuk nk kene kemas rumah...Rasanya setiap tahun dapat baby baru..tahun lepas (2008) sampai 3 baby sekali..jan, jun, nov....heee...

Old vs New


Old Life

New Life

Dulu bilik ni okla jugak..tp tak bepa nk cantik mcm skrg ni..heee..sejak menggunakan tema retro ni..wah Cantik Bangat!!!...(agaknyela)

G Taman Wan


Plan balik keje tadi nk bwk aisy jalan2 kat taman..tp baru je nk keluar..hujan turun pulak..kesian aisy..so jln2 di taman jd jalan2 keliling rumah jela...tp aisy heppy jek..hee...

Jan 9, 2009

Conan Theme Song

mune ga doki doki
"My Heart Throbbing Chest"
by The High-Lows

hyakunen buri no seikimatsu nake to iwarete boku wa waratta
hisakata buri no seikimatsu hiroi sekai e tobi dashite yuku

kodomo no koro ni wakari kaketeta koto ga otona ni natte wakaranai mama

eraku mo nai shi
rippa demo nai
wakatteru no wa mune no dokidoki
kotae demo nai hontou demo nai
shinjiteru no wa mune no dokidoki
mune no dokidoki dake

kakkoii ka wa wakaranai kedo osae kirenai yume wo mitanda
sakusen tatete jitto matsu yori kodomo no mama de butsukatte yuku

uchuu no hate ni hata wo tateta to shite mo uchuu no nazo wa wakaranai mama

eraku mo nai shi
rippa demo nai
wakatteru no wa mune no dokidoki
kotae demo nai hontou demo nai
shinjiteru no wa mune no dokidoki
mune no dokidoki dake

eraku mo nai shi
rippa demo nai
wakatteru no wa mune no dokidoki
kotae demo nai hontou demo nai
shinjiteru no wa mune no dokidoki
mune no dokidoki dake

D. Conan (Love it!!!)



When ace high school detective Kudou Shinichi is fed a mysterious substance by a pair of nefarious men in black--poof! He is physically tranformed into a first grader. Until he can find a cure for his miniature malady, he takes on the pseudonym Conan Edogawa and continues to solve all the cases that come his way.

Pending..



Bila kita dah elok2 rancang sesuatu...tp tak menjadi...sedih rasanya...sebab i ada banyak kerja lain...

TMSK@pizza



Makan kat pizza lepas evaluate student practical presentation....

Jan 8, 2009

Aksi Aisy

Jalan ke makan kat pizza?

Perjalanan Hidup

Antara lorong-lorong perjalanan pasti ada lopak-lopak kecil memenuhi pengertian hidup agar kita tidak alpa tentang kesukaran masa. Sesekali semua orang tahu tentang jatuh dan kadang kalanya tersungkur ketika menjejaki garis-garis kehidupan.
Antara lorong-lorong perjalanan semua orang tahu sukarnya ditemui kejujuran sekeping hati budi dalam peradaban kehidupan meskipun dia seorang hartawan tetap tersembunyi kemiskinan.

(dpinjam dari tak kata-kata sape..jumpa printed yang lama2...)


Jan 7, 2009

Love multimedia...but..


Multimedia is lovely but need extra time....need more focus..need ideas..


(sat lg kelas multimedia..nak bg tutorial apa?)

Jan 6, 2009

Anakku...


Harapan ibu ayah...
Anakku..yang menceriakan hidup ini..
Semoga Allah memberkati hidupmu,
Semoga menjadi insan yang berguna,
Ibu dan Abah SAYANG Aisy!!!!

Ibu


Kasih yang masih belum dicurahkan seluruhnya..
Kesal di hati..tapi masih begitu...
Cuba sedayanya untuk menjadi isteri, ibu, anak dan pekerja yang baik....
Dan hamba yang tunduk patuh kepada PenciptaNYA
Ya Allah...berilah aku kekuatan untuk menjadi yang TERBAIK dan ADIL untuk semua...

Abah....


Terima kasih kerana memahami diri ini,
Terima kasih kerana begitu bertolak ansur,
Terima kasih kerana banyak membantu,
Terima kasih kerana kasih yang dicurahkan,

Semoga tidak kesal, tidak jemu dengan kehidupan begini,
Semoga kite bahagia selama-lama,
Semoga Allah meredhai hidup kite,
Semoga kite akan bertemu di Syurga.....

Jan 4, 2009

Pengantin Siti Aminah


On the way ke segamat dari jb singgah ke bukit serampang utk attend wedding ceremony. Meriah sekali..semeriah mawi dan ekin maklumla majlis ni pun 20hb 12 baru2 ni...dah lama tak pegi majlis mcm ni. Cantik pengantin walau terselit kisah sedih buat famili ini dek perangai anak yang mementingkan diri sendiri. hati ni tak sanggup nk tgk ayah pengantin yang terlalu kurus. Masa mula2 dia hantar anak dia keje kat uitm dulu, ayah dia nampak begitu ceria, tp skrg tiada senyum di wajahnya. sedih...smpaikan sekejap je singgah kat sana. Semoga anak2 yang lain dpt menceriakan wajah mak ayah kalian...Semoga diri ini dpt berbakti kepada insan tersayang selagi masih berkesempatan..

Jalan ngan maklong pulak



Wah cuti kali ni mmg best sgt..dpt jalan2 ngan semua org..best..seronok hilang rasa penat keje tu..lupa sekejap..

Jalan ngan nenek



Cuti hari tu dptla balik kg adela jalan2 kat sana. Dah lama tak balik sana. Maklumla kite org kan duk seperate so susah sikit nk balik kg kalau tak cuti pjg...duduk sana dlm 5 hari ngan aisy. sempat g jalan2 kat tjg pengelih