May 7, 2009

Walaupun...


Walaupun skin kulit dah bertukar kita masih lagi akan sama jika kita tidak berubah,
Walaupun kita cuba untuk berbuat baik tapi kita tetap nampak tidak baik jika hati tidak ikhlas,
Walaupun kita cuba untuk berseronok tapi kita nampak boring sebab hati tidak seronok,
Walaupun blog dah dicantikkan tapi masih rasa malas dan boring untuk mengupdatenya,
walaupun cuba mencari idea yang menarik untuk entri blog tapi masih tiada,

Maka haruskah blog ini juga dikuburkan seperti blog www.mencaribahagiayanghakiki.blogspot

Masih berfikir untuk menarik hati supaya sentiasa menulis blog....

Apr 16, 2009

GOOD LUCK TO ALL MY STUDENTS

Apr 15, 2009

Perihal Uban


Pasti kita akan merasa malu bila rambut bertukar menjadi putih walaupun masih muda..tapi ini yang biasanya berlaku..mungkin ia mengikut genetik seseorang..atau orang kata sebab banyak fikir...atau lumrah alam...apapun faktornya, bukan itu yang menarik hati saya untuk bercerita tentang uban. Yang saya tiba-tiba terfikir adalah apakah cerita atau hukum mengenai uban ni..maka saya pun search dan menjumpai pendapat dan hadith berkaitan dengan hukum mencabut uban:

HUKUM

Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua.

(Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)



Larangan mencabut uban ini telah disebutkan dalam hadis daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada mencabut uban (kepala atau janggut) dan Baginda bersabda: “Sesungguhnya uban itu cahaya orang muslim.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)



Hadis yang lain, daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

Maksudnya:
“Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jangan kamu cabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban di dalam Islam, berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: “Melainkan bagi uban itu cahaya di hari qiamat.” Sementara katanya (periwayat) dalam hadis Yahya: “Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satu kebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu) dengan sehelai uban itu satu kesalahan.”

(Hadis riwayat Abu Daud)


Maka timbul persoalan lain pula bagaimana jika kita mewarnakan rambut tersebut dengan inai...kita kene mencari jawapannya...

Banyak nk tulis tapi..

Idea kat fikiran ni byk..tp semua terpendam je..busyla..tak sempat nk tulis dlm blog..kalaula ada alat utk menterjemahkan apa yang ada dlm minda terus ke handphone atau terus ke komputer tentu senang keje kita semua kan..tentu dlm kete pun blh siapkan keje...hari ni bukan takde keje sampai sempat nk posting something, tapi sbb tgh bfast ni..sambil2 tu tgkla blog2 yg menarik...(selalunya org tgk paper kan..eemmm) lepas ni kene kumpul tenaga untuk settlekan keje yg masih belum siap ni...
1. Surat2 Cyber Security Awareness
2. Teaching Portfolio
3. Course File

Itu adalah top 3 yang perlu disiapkan..tapi baru bc email tadi..ada lagi kerja yg penting perlu diberi perhatian..sebenarnya nk buat keje tu tapi tak sempat2...next pahse kerja:

4. Web kualiti (content)
5. KIK (Jumaat ni)
6. Research

Or mungkin saya kene ikut mana yang akan sampai due datenye...apa2 pun hari ni kene siapkan surat2 utk program esok tau (16/4)...itu lagi penting...sbb tinggal hari ni je..tapi insya Allah akan siap..tinggal sikit je kejenya..

Ok jom breakfast...

Apr 6, 2009

Banyaknya kerenah dia...